Latar Belakang HEI

Unit Agama merupakan entiti asal yang ditubuhkan pada 3 Mac 1971 dan diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, di samping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar.

Mulai Februari 1995, Unit Agama diberi nama baharu dan dikembangkan kepada Unit Kemajuan Islam, Unit Maklumat dan Penerbitan serta Unit Latihan dan Pembangunan Insan. Ketiga-tiga unit ini diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan termasuk khidmat penyebaran kefahaman agama di kalangan staf, di samping tugas hakikinya untuk pelajar.

Pada Januari 2001, ia dikembalikan fungsinya yang asal di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dinamakan semula sebagai Unit Agama. Mulai Mei 2002, ia dirombak semula dan diberi nama baharu iaitu Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU). Oleh kerana peranan dan fungsinya amat diperlukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, maka mulai awal Januari 2003, ia diletakkan semula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan nama Pusat Khidmat Nasihat Agama.

Pada 13 Januari 2004, Pusat Khidmat Nasihat Agama digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan di bawah naungan Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam. Kakitangannya terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pembantu Hal Ehwal Islam.

Mulai 1 Ogos 2019, Bahagian Hal Ehwal Islam telah diletakkan di bawah Naib Canselor dengan peranan dan fungsinya dikekalkan untuk memberi khidmat agama kepada warga UiTM.

  • Bertujuan memberi bimbingan keagamaan kepada pelanggan dengan mengarahkan mereka kepada ajaran Islam yang benar, bagi menyelesaikan masalah diri dan nilai sosial yang dihadapi.
  • Berusaha menghindar pelanggan dari terpengaruh oleh aliran dan a yang bercanggah dengan nilai agama.
  • Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan warga yang pada umumnya banyak bertitik tolak dari kekurangan pengetahuan agama dan ketiadaan hidayah dan sinar agama.
  • Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelanggan yang ‘integrated’, seimbang pencapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian; dalam rangka melaksana keperibadian Islam yang luhur.
  • Memberi nasihat kepada pelanggan di dalam masalah agama.
  • Mengurus dan mengajar di kelas-kelas bimbingan.
  • Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan kepimpinan, forum, ceramah dan sebagainya dengan kerjasama persatuan dalaman, jabatan dan fakulti-fakulti.
  • Mengeluarkan risalah-risalah dan siaran mengenai agama dan yang berkaitan dengannya.
  • Menguruskan kemudahan untuk pelanggan menjalankan kegiatan agama seperti menguruskan kemudahan surau dan lain-lain kegiatan yang berfaedah kepada Islam.

Setiap manusia adalah makhluk yang dinamis walaupun terdapat kelainan keperibadian dan latarbelakangnya. Bakat yang ada hendaklah dikembangkan sehingga menjadi warganegara yang baik.

Suatu keperibadian yang bersifat individual tersebut terbentuk dari dua faktor; iaitu faktor dari dalam yang berupa bakat dan ciri-ciri keturunan, baik jasmani maupun rohani; dan faktor yang dipengaruhi dari lingkungan masa kini maupun masa lampau.

Setiap insan adalah makhluk yang berkembang, justeru itu ia senantiasa berkemungkinan berubah. Proses perkembangan dan perubahan ini dapat dibimbingkan ke arah tujuan hidup yang menguntungkan bagi diri insan itu sendiri, institusi di mana ia belajar dan bekerja.

Apa yang tidak mungkin keseluruhannya dicapai maka usaha-usaha untuk mencapai sebahagiannya tidak akan ditinggalkan begitu sahaja, dengan menyedari skop dan batas tanggungjawab serta kemampuan yang ada.

Kebijaksanaan adalah merupakan dasar utama, dengan bersandarkan tuntutan al-Quran dan Hadis Rasul; dengan mengambil perhatian ciri-ciri kelainan, latar belakang pendidikan dan suasana persekitaran yang mempengaruhinya.

Bimbingan Individu
Membantu individu memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni serta membantu menyelesaikan masalah dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah kepada orang perseorangan yang terdiri daripada warga UiTM dan komuniti.

- Bimbingan Individu (1 to 1)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Anggaran Tempoh 1 jam.

Bimbingan Kelompok
Proses membantu kelompok memahami diri dan kehidupan mengikut syariat Islam atau nilai-nilai murni dengan memberi ingat dengan mengucapkan perkataan yang baik secara berhikmah serta membantu menyelesaikan masalah Warga UiTM dan komuniti secara berkumpulan.

- Bimbingan Kelompok (Maximum 8 orang)
- Lokasi di Pejabat Unit HEI
- Pemohon boleh memilih Pembimbing
- Tempoh di isi oleh pemohon

Bimbingan Individu
Bimbingan/ nasihat berkaitan hal ehwal Islam secara perseorangan sama ada di kalangan warga UiTM atau bukan warga UiTM.

Kategori Bimbingan Individu
Sukarela Bimbingan/ nasihat berkaitan hal ehwal Islam yang hadir/hubungi secara sukarela.
Susulan Bimbingan/ nasihat berkaitan hal ehwal Islam yang dilaksanakan secara berulang.
Dirujuk Bimbingan/ nasihat berkaitan hal ehwal Islam bagi kes yang diarah untuk dirujuk kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Islam oleh pihak yang terlibat. Contoh; Seperti BHEP/ Pejabat Pendaftar

Jenis Bimbingan Individu (BI)
BI1: Akademik Bimbingan/ nasihat individu berkaitan kurikulum atau kokurikulum, kaedah belajar, motivasi belajar menurut perspektif Islam.
BI2: Kewangan Bimbingan/ nasihat individu berkaitan Zakat, Sedekah, Wakaf, Infaq, Kewangan Islam dan Perbankan Islam.
BI3: Akidah Bimbingan/ nasihat individu berkaitan pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah, ajaran sesat dan hal-hal berkaitan.
BI4: Akhlak Bimbingan/ nasihat individu berkaitan salah laku, tatatertib adab dan nilai.
BI5: Al-Quran Bimbingan/ nasihat individu berkaitan al-Quran merangkumi asas bacaan, tajwid, taranum,qiraah dan hafazan.
BI6: Syariah Bimbingan/ nasihat individu berkaitan permasalahan hukum fiqh, maqasid, fatwa dan Ujian Asas Fardu Ain.
BI7: Aktiviti Bimbingan/ nasihat individu berkaitan aktiviti dan program kerohanian yang hendak dilaksanakan melibatkan pelajar, staf dan komuniti.
BI8: Spiritual Bimbingan/ perawatan individu (kes yang dirujuk) berkaitan penyakit spiritual, emosi mahupun perilaku moral ke arah tazkiah al Nafs (pembersihan jiwa) bersumberkan amalan dalam Islam berasaskan al Quran, al Sunnah, thibbun nabawi, amalan para salaf al-Soleh dan ilmu pengetahuan yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah.
Bimbingan Kelompok
Bimbingan/ nasihat berkaitan hal ehwal Islam secara berkumpulan atau kelompok kepada warga UiTM atau bukan warga UiTM.

Kategori Bimbingan Kelompok
Pembangunan Bimbingan/ nasihat kelompok berbentuk pembangunan kerohanian melibatkan akidah, syariah dan akhlak. Contoh program: Mauizah.
Pemulihan Bimbingan/ nasihat kelompok berbentuk pemulihan kerohanian melibatkan akidah, syariah dan akhlak. Contoh program: Tahsin Solat.
Pencegahan Bimbingan/ nasihat kelompok berbentuk pencegahan yang boleh meningkatkan memeliharaan akidah, syariah dan akhlak. Contoh program: Asas Pembangunan Insan.

Jenis Bimbingan Kelompok (BK)
BK1: Kuliah Bimbingan/nasihat kelompok seperti program: Mauizah, Muzakarah, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Kuliah Dhuha, Tazkirah Jumaat, Tazkirah Ramadhan, Malam Tarbiyyah Hati dan lain-lain.
BK2: Kursus Bimbingan/nasihat kelompok seperti program: Kursus Haji dan Umrah, Kursus Perkahwinan, Kursus Pengurusan Jenazah,Tahsin solat, Kursus Falak, Kursus Pengurusan Harta Pusaka dan lain-lain.
BK3: Seminar Bimbingan/nasihat kelompok seperti program: Seminar Keluarga Sakinah, Multaqa Pentadbir Masjid, In House Training, Bicara Pakar dan lain-lain.
BK4: Kelas Bimbingan/nasihat kelompok seperti program: Kelas al-Quran, Kelas kokurikulum dan lain-lain.
BK5: Perbincangan Berkumpulan Bimbingan/nasihat kelompok seperti program: Halaqah, Usrah dan lain-lain.

HUBUNGI KAMi

BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM
Aras 2
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Univerisiti Teknologi MARA
40452 Shah Alam

bhei@uitm.edu.my

Tel: 03-5544 2350

MyHEI ™
© Universiti Teknologi MARA